Sunday, May 4, 2008

Bali..Oh..Bali!

Tak sabarnya aku nak tunggu cuti bulan 8 ni. Rasa hati macam dah terbang ke Bali. Mula-mulanya memang agak bercanggah hati nak samaada nak ke Bali atau ke Bandung. Ben dan Baya pada mulanya beria nak ke Bandung. Ayu dan aku pula pada asalnya nak ke Bali. Tapi last meeting ngan Ben, kitaorang decide nak pergi Bali aje. Mulanya terpengaruh juga dengan kata-kata ayah aku yang kata susah nak cari Halal Food kat sana. tapi takkanler takde kan. Kalau susah sangat, kami pulun ajelah makanan fastfood. Lega punyalah lega sebab dalam perjalanan kami nanti, insya allah...kami mungkin ada pemandu pelancong. Bekas manager HR Ben akan join kitaorang. Lagipula dia nampaknya dah biasa dengan Bali. Lagi mudahlah kami nanti. Tapi harap-harap diaorang tak tukar fikiran lagi last minute ni. Lagipun aku memang merancang nak ke Bali...untuk projek novel terbaru. kelakar juga bila mengenangkan ramai orang sangka aku dah pernah ke Bali sebelum menyiapkan novel Bunga Syurga. Tapi sebenarnya aku belum menjejakkan kaki ke sana. Novel Bunga Syurga dihasilkan kerana aku banyak membaca. Tapi insya Allah perjalanan kali ini akan merungkai satu kisah hidup yang lain pula. Itupun setelah 2 versi ....'kasih' telah pun siap. Masih tinggal satu lagi kisah trilogy kasih yang akan aku siapkan pada penghujung tahun ini. Harap perjalanan ini bukan setakat menyegarkan fikiran aku tapi juga menjejak satu daerah di Bali yang akan dijadikan satu medium kisah terbaru. Buat kawan-kawanku, harap-harap korang semua setia pada yang satu yek...moga perjalanan kita ini disulami kenangan yang berpanjangan. Arios beb!


2 comments:

Ummihana said...

Anita...nk ke Bali ke? Okay..here's d tips....kedai/restoran Islam akan ada musollah..itu saja petanda yg kedai tu milik org Islam...2ndly, McD kat sana tak ada sijil halal....so jgn lupa, kita bukan di Spore atau di M'sia yg fast foodnya rata2 halal...

Stay wth ur group kat sana as a precautionary measures. bali is indeed beautiful....tapi full of... penyembahan....diorang kan Hindu..tak leh nak komen bebanyak...

Mazni Aznita said...

alamak thanks kak hannah..information tu mmg berguna kt kami ni semua. mmg kitorg tgh kecewa sgt sbb slh seorang ahli group yang nk pergi nnti tarik diri last minute sbb ada kerja, padahal dia yang paling arif dgn tmpt tu. Kak hannah ada kenal sesiapa yang boleh jd tourist guide tak kat sana? or ada nak suggest any hotels yang bagus?

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com