Monday, April 7, 2008

HEAVEN'S FLOWER...hehehe

Salam semua,
Saya tahu ramai pembaca blog yang menanti kelahiran novel BUNGA SYURGA saya yang sepatutnya diterbitkan sejak November yang lalu. Dan ramai juga yang menyangka ia akan diterbitkan sempena Pesta Buku bersama-sama SAKTI CINTA. Mulanya saya juga menyangka begitu. Tapi nampaknya saya kecewa sekali lagi.
Terus terang saya akui saya agak kecewa dengan pihak penerbit ini. Malah kecewa saya sehingga di tahap saya rasa seperti mahu menangis dan rasa seperti diperbodoh-bodohkan. Saya juga serba salah dengan pertanyaan demi pertanyaan yang diterima dari pembaca blog saya. Maaf semua, anda takkan dapat melihat buku ini dalam satu jangka masa. Penerbit yang terlibat dalam proses BUNGA SYURGA bukan iBook Creative ya, kerana ramai yang tersalah sangka. Harap maklum. Tapi ia adalah sebuah syarikat yang sering mengalami masalah. Mungkin silap saya kerana terlalu percaya pada syarikat ini. Saya mungkin takkan terkilan sangat jika syarikat ini berterus terang tentang kedudukan mereka sejak awal-awal lagi. Tapi cara mereka yang sering memberi alasan demi alasan dan janji yang tak boleh ditunaikan memang buat saya bengang sekaligus marah.
Oleh itu, saya telah mengambil keputusan untuk menarik semula manuskrip ini dari tangan mereka kerana saya tidak mahu menanggung risiko. Tapi anda semua jangan bimbang. Saya telah berbincang dengan sebuah syarikat penerbitan yang agak terkenal (bukan alaf 21 mahupun iBook Creative) untuk menyambung proses penerbitan BUNGA SYURGA. Malah syarikat ini adalah syarikat yang sama yang akan menerbitkan manuskrip REMBULAN BERDARAH saya serta sebuah lagi manuskrip saya yang lain. Insya Allah jika mereka menerima BUNGA SYURGA, maka saya telah meminta agar REMBULAN BERDARAH ditangguhkan dahulu untuk memberi laluan kepada proses BUNGA SYURGA. Harap maklum.
Oleh itu mulai minggu depan, saya akan hentikan buat sementara penerbitan BUNGA SYURGA di blog saya untuk memudahkan urusan perbincangan dan semua yang berkaitan. Terima kasih kerana telah menyokong saya.

No comments:

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com